Pages

Thursday, April 23, 2009

Saiful saman penulis pahangdaily.com, tuntut RM2 juta

SHAH ALAM: Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang sebelum ini mendakwa telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog pahangdaily.com kerana menyiarkan enam artikel berunsur memfitnah dan jahat.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa penulis laman blog berkenaan saiful enggan mendedahkannya.

Saiful tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

"Biar kami serahkan writ saman ini kepada penulis dahulu.

"Kami tidak boleh dedahkannya sekarang," kata Saiful kepada pemberita selepas memfailkan writ saman berkenaan di sini.

Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya.

Pada 3 Mac lalu, Saiful membuat laporan polis terhadap blog berkenaan yang didakwa mengeluarkan enam artikel berunsur memfitnah dan berniat jahat terhadapnya.

Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini.

No comments:

Posting Terkini