SHAH ALAM, 22 April – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali hari ini mengumumkan program-program pengajian yang ditawarkan Universiti Industri Selangor (Unisel) telah mendapat pengiktirafan kerajaan Iran.
Katanya, pengiktirafan itu dibuat republik berkenaan pada 21 April oleh Kaunselor Penyelidikan dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Iran, Wilayah Pasifik Selatan, Dr Vahid Ali.
“Dr Vahid telah menyerahkan surat pengiktirafan kerajaan Republik Islam Iran terhadap semua kursus di Unisel kepada pihak kita semalam,” katanya menambah Unisel menjadi universiti pertama di negara ini mendapat pengiktirafan itu dalam semua kursus yang ditawarkan.
Dr Halimah berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco petang tadi.
Menurutnya, dengan pengiktirafan itu juga semua graduan dari Unisel tidak akan menghadapi masalah untuk memohon kerja di republik berkenaan dan di tanah air.
“Mudah-mudahan ia akan menjadi batu lonjatan kepada Unisel untuk terus maju ke hadapan dan menjadi satu institusi yang bertaraf antarabangsa,” katanya yang berharap Unisel dapat memanfaatkan kelebihan dan peluang itu untuk menarik lebih ramai pelajar dari Iran untuk belajar di universiti tersebut.
Thursday, April 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment