Pages

Thursday, April 30, 2009

Gangguan bekalan air di KL, Selangor

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dalam kenyataannya di sini, berkata gangguan bekalan air di Kuala Lumpur ialah pada 7 Mei dari jam 10 malam hingga 5 pagi keesokannya membabitkan seluruh Taman Muda, Taman Putra dan Taman Mawar.

Pada 11 Mei, gangguan akan berlaku di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur dan antara kawasan di Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1); Taman Keramat AU2 hingga Taman Keramat AU5; seluruh Flat Jalan Enggang; seluruh Jalan Enggang Timur; seluruh Jalan Enggang; Keramat Wangsa; seluruh Kelompok dan Menara PKNS; Ukay Perdana; dan Kampung Kemensah.

Bagi Kuala Lumpur, kawasan yang terbabit ialah Jalan Padang Tembak; Jalan Semarak; Jalan Kent; Jalan Gurney; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; Felda; UTM; Pusat Latihan Telekom; Jalan Ampang Hilir; Jalan U-Thant; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Taman Putra Sulaiman; Taman Cahaya;

Taman Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Bandar Tasik Permaisuri; kawasan Desa Pandan; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Pandan Utama; dan Pandan Mewah.

Gangguan di semua kawasan itu bermula jam 8 malam hingga 4 pagi keesokannya.

Gangguan di Wilayah Hulu Langat pula akan berlaku pada 14 Mei mulai jam 5 petang hingga 9 pagi keesokannya dan kawasan yang terbabit ialah Taman Sungai Besi Indah 1 hingga 3; kawasan Industri KTM Balakong; Taman Bukit Belimbing; Taman Juara Jaya; Taman Sri Timah; Taman Harmoni Indah; Tanming Jaya 2; Taman Balakong Jaya; dan Taman Puncak Jaya.

Syabas akan berusaha meminimumkan kesukaran penduduk di kawasan terbabit dengan sambungan cara alternatif seperti mengalihkan bekalan dari saluran paip air yang lain.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my. - Bernama

No comments:

Posting Terkini