
Malaysiakini | 8 April 2009
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata kekalahan BN dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau bukan kerana faktor calon.
Sebaliknya, tegas beliau, ia disebabkan banyak faktor lain, antaranya situasi semasa di kawasan berkenaan.
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pagi ini.
Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau semalam dimenangi calon PKR, S Manikumar yang meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.
Manikumar menang dengan majoriti 2,403 undi - lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.
Manakala kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.
Bedah siasat keputusan
Bekas menteri kerjaraya itu berkata pada mulanya sokongan kepada calon BN adalah baik.
“Kira-kira 30 peratus sudah memberi sokongan kepada calon BN tetapi saya tak tahu macam mana di saat akhir kita boleh kalah.
“Mereka balik memberi sokongan kepada calon lawan,” tambahnya.
Beliau bagaimana tidak menjawab apabila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan ’situasi semasa di Bukit Selambau’.
Sebaliknya, kata beliau, parti itu akan membuat bedah siasat untuk mengkaji punca kekalahan calonnya itu.
Sumber: DSAI
No comments:
Post a Comment