Pages

Tuesday, March 31, 2009

SPRM minta setahun banteras rasuah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta diberikan tempoh setahun untuk membanteras gejala rasuah di negara ini.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamad, berkata semua pihak perlu memberi peluang kepada SPRM untuk membuktikan keupayaannya membanteras gejala rasuah.

"Beri kami setahun dan kami akan buktikan usaha kami akan berjaya memerangi rasuah.

"Kami sedia dikritik jika gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Anti Rasuah anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asean (Asli) dan Ketelusan Antarabanga Malaysia di sini, semalam.

Abu Kassim berkata, SPRM juga tidak pernah atau sengaja menyembunyikan kes rasuah berprofil tinggi yang dilaporkan kepada mereka.

Sebaliknya, SPRM sentiasa berusaha menyiasat setiap kes rasuah yang dilaporkan oleh pengadu.

"Inilah kesukaran yang kami hadapi kerana persepsi masyarakat terhadap kami," katanya.

No comments:

Posting Terkini