
"Itu adalah rancangan yang saya buat... oleh itu kita perlu mengikut perancangan tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN di sini sebentar tadi.
Abdullah yang juga Presiden Umno tidak mempertahankan kedudukannya itu pada pemilihan kali ini.
Pemilihan berlangsung 26 Mac ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
Beliau dijadual menyerahkan jawatan Perdana Menteri sejurus selepas itu.
Bagaimanapun belum ada tarikh tetap diumumkan lagi.
Abdullah berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.
Kelmarin, Abdullah berkata, beliau tidak berasa sedih atau sayu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN terakhirnya sebelum bersara selepas perhimpunan Umno hujung bulan depan.
"Saya tak ada apa-apa... biasa saja, tak rasa sayu, tak sedih. Ini kerja biasa," kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.
.......Baca betul-betul (read in between the lines) Bagaimanapun belum ada tarikh tetap diumumkan lagi.
Sumber yang dekat dengan KJ mengatakan pak mentuanya akan hanya melepaskan jawatan PM setelah semua kes rasuah yang terkait dengan laki Rosmah selesai dibicarakan. Ini adalah untuk memastikan Malaysia tidak dipandang rendah oleh dunia luar kerana mempunyai mempunyai PM yang dikaitkan dengan kes rasuah.
No comments:
Post a Comment