Pages

Monday, March 16, 2009

Lat terima ijazah kehormat UPSI

TANJUNG MALIM: Kartunis negara, Datuk Dr Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni daripada Universiti Sultan Idris (UPSI) sempena istiadat konvokesyen ke-11 UPSI, di sini, hari ini.

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Lat berkata, anugerah itu, satu pengiktirafan kepada pelukis kartun tanah air dan kejayaan beliau menerima penghargaan itu daripada UPSI haruslah dikongsi bersama semua kartunis di negara ini.

No comments:

Posting Terkini