TEHRAN: Bekas Presiden Iran, Mohammed Khatami mengesahkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden bagi mengelak perpecahan di kalangan pengundi yang menyokong reformasi.
Khatami dalam satu kenyataannya berkata, beliau tidak akan bertanding pilihan raya pada 12 Jun nanti supaya perubahan yang dikehendaki di negara itu berjalan lancar.
Bulan lalu, Khatami mengumumkan akan bertanding menentang Presiden, Mahmoud Ahmadinejad, sekali gus memberi dorongan kepada puak reformati yang mahu Iran meningkatkan hubungan dengan dunia Barat serta menjadikan pentadbiran kerajaan Islam Iran lebih liberal.
Bagaimanapun, dua lagi kumpulan reformasi memasuki pertandingan Presiden dengan salah seorangnya bekas Perdana Menteri, Mir Hossein Mousavi. - AP
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment