Pages

Tuesday, March 17, 2009

Karpal mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menghasut.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)B, Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Karpal bagaimanapun dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membacakan pertuduhan tersebut di bawah seksyen berkenaan bersama transkrip sidang media Karpal pada 6 Februari lalu yang didapati mengandungi kenyataannya untuk mendakwa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Karpal mendakwa Sultan Perak bertindak di luar bidang kuasanya serta membenarkan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.

Semasa prosiding hari ini, Timbalan Kanan Pendakwa Raya Datuk Kamaludin Mohd Said memohon kepada mahkamah untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi supaya mahkamah berkenaan menetapkan tarikh perbicaraannya.

Karpal bagaimanapun tidak membantah permohonan tersebut.

Hakim kemudiannya memutuskan bahawa tarikh perbicaraan akan ditetapkan di Mahkamah Tinggi.

Karpal mewakili dirinya sendiri pada prosiding hari ini.

Bagaimanapun turut bersama beliau ialah 12 lagi peguam pembantu termasuk empat orang anaknya iaitu Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh Deo, Sangeep Singh Deo dan Ram Karpal Singh.

Peguam lain ialah RSN Rayer, Sakaran Nair, Malik Impiaz, M. Kularesan, Ramesh Sivakumar. KA Ramu, Lim Lip Eng dan M. Manogaran.

No comments:

Posting Terkini