KETUA Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata setelah satu tempoh yang sukar dalam 2009, pemulihan daripada krisis ekonomi mungkin akan mula dilihat dalam enam bulan pertama 2010, bergantung kepada dasar-dasar yang dilaksanakan.
Dalam satu interviu, Pengarah Urusan IMF, Encik Dominique Strauss- Kahn, bagaimanapun menekankan bahawa pemulihan yang penuh tidak akan dapat dilihat sehingga sistem perbankan sejagat 'dibersih'.
Beliau berkata dalam hal ini, Amerika Syarikat dan Eropah masih belum berusaha secukupnya untuk 'membersihkan' sistem perbankan masing- masing.
Dan beliau memberi amaran bahawa selagi sistem perbankan tidak diperbetulkan, dana bantuan penyelamat yang disuntik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi akan menjadi sia-sia sahaja.
Menurutnya, para pembuat dasar harus membuka saluran-saluran perbankan bagi memastikan pinjaman dapat berjalan lancar.
Pemerintah juga, menurutnya, harus mempunyai dasar-dasar yang baik yang dapat membantu ke arah pemulihan awal tahun depan.
Ketua IMF itu berkata pelan-pelan pampasan eksekutif harus mengambil kira masa sukar dan bonus serta opsyen saham harus dinilai semula, dan dikawal menggunakan undang-undang, jika perlu.
Beliau menambah bahawa pelan- pelan seperti ini selalunya tidak dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang buruk.
Encik Strauss-Kahn juga berkata, tindakan segera harus diambil bagi menghuraikan masalah pengangguran yang berleluasa sekarang.
Beberapa negara, katanya, sedang menghadapi 'keruntuhan kewangan' dan prospek pembiayaan telah ditarik balik daripada ekonomi-ekonomi yang sedang membangun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment