Pages

Saturday, February 14, 2009

Mati Atas Perut Janda

SEORANG lelaki Singapura berusia 58 tahun meninggal dunia, dikatakan ketika mengadakan hubungan seks dengan seorang janda di sebuah hotel murah di Batam Rabu lalu.

Kematian lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dikatakan berpunca daripada ubat kuat berjenama Urat Madu yang diambilnya sebelum melakukan hubungan seks itu.

Kematian beliau disahkan seorang pegawai penyiasat kanan Polis Kota Besar Batam-Rembang-Galang (Poltabes Barelang) ketika dihubungi menerusi satu panggilan jauh semalam.

Pegawai yang dikenali sebagai Pak Leo itu mengesahkan bahawa untuk tujuan siasatan punca kematian lelaki tersebut adalah ‘akibat serangan jantung’.

Wanita yang dikenali sebagai Mislani alias Upik, 38 tahun, itu janda anak empat asal Jambi, Sumatera.

Mislani mendakwa mengenali lelaki yang disifatkan beliau sebagai kekasihnya itu sejak 7 Februari lalu.

Dalam laporan beliau kepada polis, Mislani mendakwa beliau menjemput lelaki itu di pelabuhan Harbour Bay Batu Ampar pada 7 pagi waktu Batam, iaitu 8 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham kelihatan segar bugar ketika tiba di pulau yang pernah diberi julukan ‘Bila Anda Tiba Anda Menyesal’ itu.

Dari situ mereka menaiki ojek, iaitu teksi motosikal, menuju ke Hotel Sekawan di Nagoya.

Dalam perjalanan, Allahyarham telah menukar (Dollar Singapura) 150 kepada wang rupiah dan membeli jamu Urat Madu dalam bentuk kapsul, dakwa janda tersebut.

Dalam bilik hotel, Allahyarham dikatakan menelan kapsul jamu itu sebelum melakukan seks dengan Mislani.

‘Waktu lagi berhubungan, tiba-tiba dia mengeluh dadanya sakit. Tak berapa lama dia rebah. Suaranya seperti orang sedang menggorok,’ kata Mislani dalam satu laporan akhbar Batam Pos semalam.

Beliau mengaku panik apabila mendapati Allahyarham tidak lagi bernyawa di atas katil dan segera memaklumkannya kepada kakitangan hotel yang kemudian menelefon polis sekitar 8.30 pagi waktu Batam.

Polis menjumpai dua bungkus jamu Urat Madu, satu daripadanya telah dibuka, di atas meja di bilik hotel itu.

Jamu Urat Madu mengandungi sejenis dadah, Sildenafil, yang boleh memudaratkan jantung dan mengakibatkan kematian.

Poltabes Barelang mengesahkan bahawa mayat Allahyarham telah dituntut isteri dan seorang anaknya untuk dikebumikan di Singapura semalam.

No comments:

Posting Terkini