Pages

Thursday, February 19, 2009

Elizabeth ke luar negara, tekad lepaskan jawatan

PETALING JAYA: Elizabeth Wong menyatakan pendirian tidak berganjak daripada keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Kenyataan terbaru ini, yang ketiga dalam tempoh empat hari, dikeluarkan selepas semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa isu itu akan diselesaikan selepas Wong bercuti selama sebulan dan akan menghadap Sultan Selangor Rabu depan.

Semalam juga polis mengunjungi rumah Wong untuk siasatan susulan.

Dalam kenyataan hari ini, Wong, 37, memberitahu: "Saya telah memaklumkan pemimpin-pemimpin parti saya bahawa saya bertekad untuk melepaskan kesemua jawatan saya."

Pada sidang media kelmarin, Wong mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu ekoran pendedahan bahawa gambar atau video yang beliau dalam keadaan separuh bogel kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas keprihatinan dan galakkan mereka... saya meminta pemahaman mereka tentang nasib saya," kata beliau dalam kenyataan satu yang diakhiri dengan nama "Elizabeth Wong".

Dua kenyataan terdahulu diakhiri dengan nama dan jawatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.


No comments:

Posting Terkini