Pages

Monday, January 19, 2009

Umno edar surat tawaran layak tanding hujung bulan

PETALING JAYA: Surat tawaran bertanding kepada calon-calon yang layak bagi pemilihan Umno Mac depan akan diedarkan hujung bulan ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, selepas surat tawaran itu diedarkan, calon yang berhasrat untuk bertanding perlu menjawab surat tersebut dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

"Calon yang bertanding perlu memberi jawapan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan keputusan sebenar berhubung tempoh itu adalah bergantung kepada pihak pengurusan Umno," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Beliau berkata, surat tawaran bertanding tersebut hanya akan diedarkan selepas semua bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat.

Setakat ini, hanya Umno bahagian Larut sahaja yang masih belum bermesyuarat dan dijangka akan mengadakan mesyuarat tersebut pada 25 Januari ini bagi melengkapkan 191 bahagian yang bermesyuarat sejak Oktober lalu.

Umno bahagian Larut adalah antara lima bahagian Umno yang diarah bermesyuarat semula selain Seremban, Tenom, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah berikutan beberapa masalah yang timbul.- mSTAR

No comments:

Posting Terkini