Pages

Friday, January 9, 2009

SEKILAS BERITA DUNIA Dan MALAYSIAKINI

Rugi $12b dek bantah kerajaan

BANGKOK: Bantahan antikerajaan yang menyebabkan dua lapangan terbang Bangkok ditutup tahun lalu mengakibatkan Thailand menanggung rugi 290 bilion baht ($12.2 bilion).

Satu kajian Bank of Thailand menunjukkan kerugian itu lebih serius daripada andainya negeri itu dilanda wabak Sars atau tsunami.

Penutupan lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Mueang antara 25 November dengan 4 Disember menghalang 3.4 juta pelancong ke Thailand. -- AFP.

Anwar ikrar lagi guling BN

KUALA TERENGGANU: Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi berikrar akan mengguling kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian dalam satu rapat yang dihadiri sekitar 10,000 penyokong menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu di sini, malam kelmarin.

Sebagai permulaan, beliau akan membantu calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) memenangi pilihan raya kecil itu. -- AFP.

Hospital hilang mayat bayi

HONGKONG: Sebuah hospital di Hongkong mengaku menghilangkan mayat seorang bayi lelaki yang meninggal dunia pada 15 Disember lalu.

Hospital Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital berkata ibu bapa bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu hanya dimaklumkan kelmarin.

Mayat bayi itu asalnya disimpan dalam sebuah peti bersama mayat seorang lelaki gemuk yang kemudian dibakar 19 Disember lalu. -- AFP.

Sah polis M'sia guna kekerasan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam mengesahkan polis menggunakan kekerasan berhubung isu bantahan pembinaan konkrit oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga Sdn Bhd, di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, pada 27 Mei tahun lalu.

Siasatan inkuiri mendapati ada unsur kekerasan yang dilakukan polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), terhadap Encik Chang Jiun Haur dan Encik Chan Siew Meng pada malam kejadian.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, 10 penduduk cedera, termasuk seorang parah dibelasah polis dan FRU. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini