KUALA TERENGGANU: Selepas lebih dua minggu diumumkan sebagai calon dan setelah kempen memasuki hari ketiga hari ini, Barisan Nasional (BN) Terengganu belum berpuas hati dengan prestasi calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (gambar) yang buat pertama kali bertanding.
Bagaimanapun Pengerusi BN Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, masih ada ruang untuk memperbaiki prestasi Wah Ahmad Farid yang berhadapan dengan pencabar tradisi PAS dan seorang calon Bebas.
"Bagaimana hendak kata berpuas hati... benda (perkembangan prestasi) yang kita tidak tahu. Bagaimanapun kita mempertingkatkan dari semasa ke semasa," kata beliau selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu di sini.
Ketika ditanya pandangan beberapa pihak bahawa sukar untuk menemui Wan Ahmad Farid, beliau yang juga Menteri Besar memberitahu, adalah normal dalam mana-mana pilihan raya kecil memandangkan calon mempunyai jadual ketat untuk diikuti.
Ahmad diminta mengulas prestasi Wan Ahmad Farid, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang kini berdepan dengan calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Wakaf Mempelam selama lima penggal.
Calon Bebas pula ialah Azharudin Mamat @ Adam.
Kedua-dua calon BN dan PAS dikatakan mempunyai antara 10 hingga 15 program setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment