Pages

Friday, January 30, 2009

Jawatankuasa Disiplin umno akan diperkuatka

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin Umno akan diperkuatkan bagi menangani isu-isu yang bersangkut paut dengan parti termasuk gejala politik wang yang serius diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Kita ambil kesempatan untuk terus ingatkan bahawa amalan politik wang ini tidak baik.

"Kita juga akan besarkan jawatankuasa ini (Disiplin) dengan menambah lagi pembantu-pembantu supaya kes-kes yang dilaporkan dapat dipertimbangkan dan diputuskan dengan cepat," kata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini awal pagi ini.

Mesyuarat MT lebih tiga jam berakhir pukul 12.30 tengah malam tadi.

Isu gejala politik wang kini ditangani bersama oleh Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, mesyuarat MT turut menyentuh kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.

Jelas beliau, laporan mengenai keputusan pilihan raya itu akan dihalusi oleh jawatankuasa pengurusan.

"Kita belum dapat dedahkan laporan post-mortem, jawatankuasa pengurusan perlu perhalusi dulu," katanya.

"Tebal juga laporan itu... nanti baru kita boleh beritahu," jelas beliau.

Mengenai hasil retreat Umno tahun lalu, Abdullah menambah, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan beberapa perkara yang telah diputuskan.

Tindakan-tindakan itu antaranya yang ada kaitan dengan proses pemilihan, sistem kuota dan proses pengundian.


1 comment:

Anonymous said...

Ali Rustam mesti dikenakan hu8kukman gantung keahlian sebab fasal 10.1 Tataetika Ahli UMNO menyebut :

.....Bilaman seseorangejen, pelobi, pengurus kempen atay perayu undi itu didapati berslaha melanggar mana-mana peruntukan Tataetika Ahli UMNO ini, maka Lembaga Disiplin UMNO bolehlah menganggap, setelah ia berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu TURUT SEKALI MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH TATAETIKA AHLI INI DAN/ATAU MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENGENAI PERIHAL KESLLAHAN-KESALAHAN TERSEBUT DAN BOLEH MENGAMBNIL TINDAKAN MENGHUKUM PRINSIPAL TERSEBUT SEOLAH-OLAH DIA YANG MELAKUKKAN KESALAHAN TERSEBUT BERSAMA DENGAN EJEN, PELOBI, PENGURUS KEMPEN ATAU PERAYU UNDI TERSEBUT."

Kalau begitu, mengapa si Sadin sahaja yang kena gantung mengapa si Prinsipla (Ali REustam terlepas ? Adil ke ? Mana kewajaran Jawatankuasa Disiplin UMNO dalam hal ini ? Patutnya Ali Rustam pun mesti digantung keahliannya selama 3 tahun !!!!!!!!!!!

Ahli UMNO yang kecewa.

Posting Terkini