Pages

Sunday, January 4, 2009

Dedahkan ’Pengkhianatan’ Kerajaan UMNO/BN

Calun PAS bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu berkata beliau akan mengumpulkan semua ucapannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendedahkan segala kepincangan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dari tahun 2000 – 2005 sebanyak RM 200.34 juta wang royalti kerajaan Terengganu telah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain, ia meningkat sebanyak RM 600 juta lagi sehingga tahun 2008,”kata Mohd Abdul Wahid selepas ceramah pengenalan calun di Gong Pauh dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pihak media tentang ucapannya dalam ceramah tersebut yang menegaskan beliau akan menyenaraikan segala penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam berkata, beliau pernah mengusulkan beberapa usul dan sidang DUN termasuk hal yang berkaitan royalti minyak.

Namun hasrat baiknya meminta kerajaan mendedahkan scara terperinci kemanakah wang royalti tersebut ‘lesap’ tidak menjadi realiti kerana usul beliau ditolak oleh Sidang DUN.

Beliau berkata kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN sepatutnya mempunyai dasar dan praktik yang jelas berkaitan ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

“Biar dia(kerajaan) jelaskan, rakyat ingin tahu berapa banyak yang kerajaan perolehi dari wang royalty yang diterima dari kerajaan pusat,”tambahnya.

No comments:

Posting Terkini