Pages

Monday, January 19, 2009

AirAsia lancar laluan P.Pinang-Macau mulai 1 Mac

KUALA LUMPUR: AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan antarabangsa dari Pulau Pinang ke Macau mulai 1 Mac ini.

Empat penerbangan langsung mingguan dari Pulau Pinang dan tiga penerbangan langsung mingguan dari Macau akan diadakan, kata syarikat penerbangan tambang murah itu di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

AirAsia berkata ia menawarkan tambang murah dari serendah RM49 sehala dan boleh diperolehi secara ekslusif secara online melalui laman web AirAsia mulai 1925 Jan bagi perjalanan antara 1 Mac dan 24 Oktober.

Dengan adanya penerbangan tambahan ini, AirAsia kini menyediakan penerbangan ke Indonesia, Thailand, China dan di dalam Semenanjung Malaysia.BERNAMA

No comments:

Posting Terkini