Pages

Friday, December 5, 2008

Ringkasan Berita Terkini

Minyak jatuh bawah AS$44 setong

SINGAPURA: Harga minyak di Asia menjunam lagi, terendah dalam masa empat tahun apabila mencatat bawah AS$44 setong hari ini.

Pada sesi dagangan petang di Kontrak Hadapan New York, harga minyak 'light sweet crude' bagi penghantaran Januari naik 39 sen kepada AS$44.06 setong - selepas paras terendah AS$43.39.

Paras itu adalah terendah sejak Januari 2005.

Nasharudin Mat Isa telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terenganu yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali pula dilantik sebagai timbalan beliau manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dilantik sebagai Setiausaha

Wanita asing bersama dadah RM2.2 juta ditahan di KLIA

SHAH ALAM: Polis merampas 10 tuala lembap yang diserap cecair kokain seberat 10 kilogram bernilai RM2.2 juta daripada seorang wanita warga asing yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Dubai, jam 3.30 petang semalam.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan ketika sedang mengambil dua beg mengandung dadah berkenaan dari tempat bagasi. -- BH

Pergerakan bebas di sempadan Wang Kelian mulai hari ini

WANG KELIAN: Mulai hari ini, rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan pasport antarabangsa atau pas sempadan untuk memasuki kawasan Thailand bagi jarak satu kilometer daripada pagar sempadan antara kedua-dua negara.

Mereka sebaliknya hanya perlu menunjukkan MyKad.

Namun masih ramai yang belum menyedari tentang kelonggaran syarat itu.

Lanun samun kapal arang batu di Tioman

KUANTAN: Sekumpulan lanun yang hanya bersenjatakan parang dan pisau dilaporkan menyamun sebuah kapal membawa arang batu, kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Tioman, Rompin Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata kejadian berlaku jam 9 malam ketika kapal itu dalam perjalanan dari Singapura menuju Thailand.

“Kira-kira 10 orang lanun yang menaiki dua buah bot laju bertindak menghalang laluan kapal berkenaan supaya berhenti sebelum mereka menaiki kapal berkenaan.

No comments:

Posting Terkini