Pages

Saturday, November 1, 2008

SEKILAS - MALAYSIA. Insentif nikah ibu tunggal

Tujuh pelajar hilang di Aust

KUALA LUMPUR: Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda Umno bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia, termasuk tiga dari universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau bimbang jika ada sindiket terlibat termasuk berkaitan keagamaan yang mungkin menyembunyikan mereka. -- Utusan Malaysia.

Larang motosikal masuk bandar?

KUALA LUMPUR: Polis mungkin mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menegaskan ini kerana banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar mencari mangsa di bandar besar. -- Utusan Malaysia.

Insentif nikah ibu tunggal

MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 ($416) oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan bahawa hadiah itu ada syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini