Pages

Sunday, November 9, 2008

SEKILAS - DUNIA. Harimau sarkas di laman rumah

'Buggy' China di bulan 2012

BEIJING: China merancang menggunakan sejenis kenderaan 'buggy' yang tidak dikendalikan manusia di bulan menjelang 2012, kata laporan media tempatan semalam, memulakan asas bagi rancangannya untuk melibatkan manusia dalam misi ke bulan.

Pada Oktober 2003, China menjadi negara ketiga yang berjaya menghantar manusia ke bulan dengan kapal angkasanya sendiri, selepas Soviet Union dan Amerika Syarikat. -- Reuters.

Harimau sarkas di laman rumah

MEXICO CITY: Sebuah keluarga di barat Mexico terkejut apabila mendapati seekor harimau, salah satu daripada tiga ekor harimau yang berjaya melepaskan diri daripada sebuah sarkas, berbaring di halaman rumah mereka, kata polis.

Harimau itu telah menakutkan penduduk bandar Zitacuaro, di wilayah Michoacan, sedang ia marayau-rayau di jalan raya selama satu setengah jam sebelum memasuki pekarangan rumah itu, kata seorang pegawai polis tempatan, sebelum ditawan semula oleh pelatihnya. -- AFP.

Ditahan kerana hina raja Thai

BANGKOK: Seorang pengkritik sosial Thailand, Sulak Sivaraksa, telah ditahan di sini kerana menghina raja negara itu, kata polis semalam.

Sulak, 76 tahun, yang berpendidikan di Britain, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun jika didapati bersalah. Dia ditahan berhubung ucapannya di universiti Khon Kaen, dekat timur laut Thailand, tahun lalu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini