Pages

Thursday, November 20, 2008

FOREX: Ringgit Catat Paras Rendah Tempoh Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Ringgit mencecah paras terendah untuk tempoh dua tahun berbanding dengan dolar AS ketika dibuka hari ini berikutan pembelian kukuh mata wang AS itu, kata para peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada paras 3.6180/6230 berbanding dengan dolar AS berbanding dengan paras 3.6050/6100 ketika ditutup semalam.

"Kebanyakan pelabur di dalam pasaran lebih berminat untuk membeli dolar kerana mereka berminat untuk melabur dalam pasaran komoditi," kata seorang peniaga.

Katanya pasaran ekuiti global yang lemah turut menyekat kenaikan ringgit.

Berbanding dengan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan lebih rendah.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.3619/3667 daripada paras 2.3584/3619 yang dicatat semalam tetapi meningkat berbanding dengan euro kepada 4.5254/5335 daripada 4.5445/5518 sebelum ini.

Ringgit yang dicatatkan lebih rendah berbanding dengan pound British di paras 5.4198/4305 daripada paras 5.3931/4020 dan turun berbanding dengan yen Jepun di paras 3.7762/7826 daripada 3.7307/7371 sebelum ini.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini