Pyongyang digesa henti program nuklear
SEOUL: Ketua perunding Korea Selatan semalam menggesa agar Korea Utara mengotakan janjinya akan menghentikan program nuklearnya.
Rayuan itu dibuat sedang Pyongyang dilaporkan menyambung semula usahanya melupuskan prasarana nuklear Yongbyon yang tergendala sejak dua bulan lalu.
Proses melupuskan prasarana nuklear itu merupakan inti pati perjanjian yang dipersetujui enam pihak tahun lalu. -- AP, AFP.
Wartawan dipenjara dua tahun
HANOI: Sebuah mahkamah Vietnam semalam mengenakan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wartawan yang dituduh tidak menulis laporan tepat mengenai kes pegawai Kementerian Pengangkutan yang dituduh berjudi menggunakan wang yang digelapkan.
Nguyen Viet Chien, 56 tahun, didapati bersalah 'menyalahgunakan kebebasan dan demokrasi'.
Hakim Tran Van Vy berkata Chien memalsukan maklumat dalam laporannya mengenai skandal yang berlaku pada 2005 itu. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment