PUTRAJAYA, 16 Okt-- Kerajaan akan menyerahkan kepada polis dan mahkamah untuk memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap kumpulan ekstremis yang diharamkan, Hindu Rights Action Force (Hindraf), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Beliau berkata polis akan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan terserah kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman jika mereka didapati bersalah.
Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan ekstremis tanpa mengira latar belakang kaum atau agama mereka kerana di masa lepas kerajaan telah mengambil tindakan terhadap Al-Arqam, Al-Maaunah dan Kumpulan Militan Malaysia, katanya.
"Keutamaan kerajaan ialah melindungi keselamatan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Beliau mengulangi yang aktiviti Hindraf telah secara konsisten melanggar undang-undang, dan demonstrasi haram yang dianjurkan mereka bertukar menjadi ganas dan mencetuskan kebencian antara kaum.
Kerajaan semalam mengharamkan Hindraf kerana ia melanggar Akta Pertubuhan.
Kejadian terbaru melibatkan Hindraf ialah mengganggu Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan Kabinet di Kuala Lumpur pada 1 Okt.
"Mereka menyebarkan mesej yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Mereka mencetuskan rasa takut di kalangan orang ramai. Mereka malahan mengancam nyawa orang ramai," kata Syed Hamid.
"Walaupun kerajaan bersedia mendengar rintihan rakyat malahan yang disuarakan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan, kerajaan tidak dapat bertolak ansur dengan kumpulan kecil yang menyebarluaskan ekstremisme yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama," katanya.
Katanya kaum India tidak diabaikan di negara ini kerana mereka diwakili dengan baik oleh 14 anggota Parlimen India, 21.4 peratus dalam bidang perundangan, 18.4 peratus dalam bidang perubatan dan pendapatan mereka secara menyeluruh ialah 1.2 kali lebih tinggi daripada pendapatan orang Melayu.
Daripada segi golongan yang hidup di bawah garis kemiskinan, kaum India sebanyak 2.9 peratus, Cina (0.6 peratus) dan Melayu (8.3 peratus), katanya.
Syed Hamid berkata juga terdapat nisbah satu kuil bagi 149 penganut Hindu berbanding satu masjid bagi 2,300 orang Islam di negara ini.
Ditanya kenapa sekarang kerajaan mengambil langkah mengharamkan kumpulan itu, beliau berkata kerajaan perlu menjalankan penyiasatan terperinci.
Mengenai pengharaman kumpulan itu yang dibuat sebelum perayaan Deepavali pada 27 Okt, Menteri Dalam Negeri itu berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi keamanan dan kestabilan di negara ini pada setiap masa.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.
As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).
No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?
The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.
For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/
(AUg/Sept/Oct Archive)
Post a Comment