NEW YORK 15 Okt. – Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) cawangan San Francisco berkata, ekonomi AS kini “dipercayai berada dalam kemelesetan.”
Janet Yellen berkata, aliran data ekonomi baru-baru ini menunjukkan ekonomi negara ini lebih lemah daripada yang dijangka pada suku tahun ketiga, barangkali tidak menunjukkan pertumbuhan sama sekali.
“Pertumbuhan pada suku tahun keempat nampak lebih lemah, kemungkinan mengalami penyusutan.
“Malah, ekonomi AS dipercayai berada dalam kemelesetan,” kata Yellen dalam ucapan di Pala Alto, California semalam.
Kemelesetan di AS ditakrifkan secara umumnya sebagai kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi dua suku tahun berturut-turut.
“Sekarang ini hampir setiap sektor utama ekonomi mengalami kesan daripada kejutan sistem kewangan,” kata Yellen kepada kumpulan Financial Executives International cawangan Silicon Valley. – AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment