Pages

Thursday, October 16, 2008

Malaysia Akan Tingkatkan Eksport Buah-buahan Tropika Ke Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 16 Okt-- Kerajaan akan meningkatkan jumlah eksport buah-buahan tropika dari negara ini ke Arab Saudi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu, pihak kementerian sedang mengenal pasti syarikat negara ini yang boleh menjalinkan usahasama dengan syarikat Arab Saudi bagi memasarkan buah-buahan tropika tempatan ke negara Timur Tengah itu.

"Sebelum ini Malaysia hanya hanya mengeksport buah nanas dan tembikai dan diharapkan dengan kerjasama itu kita akan dapat mengeksport buah-buahan tempatan yang lain pula," katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Asia e Universiti (AeU) dan House of Advance Quality Co. Ltd di sini, Isnin.

Perjanjian itu antara lainnya ialah menubuhkan sebuah kampus cawangan AeU di Tammam, Arab Saudi pada Januari atau Febuari tahun depan.

Dalam pada itu, Mustapa berkata Malaysia akan terus meningkatkan import buah kurma dari Arab Saudi.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini