Pages

Saturday, October 11, 2008

Perpaduan nasional cabaran paling besar bagi Najib - PM

PUTRAJAYA 11 Okt.- Mengukuhkan perpaduan nasional merupakan cabaran paling besar yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau menerajui negara selepas ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah berkata pengganti beliau itu perlu memberi keutamaan terhadap isu berkenaan memandangkan keadaan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia tidak begitu baik kebelakangan ini.

“Saya rasa saya telah berjaya selama ini, tapi kami perlu kembali kepada asas dan memahami bahawa Malaysia menjadi lebih kuat hasil daripada gandingan pelbagai kaum dan komuniti yang kita ada,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama.

Sambil menyatakan bahawa kepelbagaian kaum dan agama yang wujud di Malaysia merupakan suatu rahmat dan bukan suatu petaka, beliau berkata rakyat Malaysia tidak sepatutnya membiarkan “aset” ini bertukar menjadi perkara “negatif”.

“Kita perlu tangani isu ini secara berdepan, dengan jujur dan penuh kefahaman. Selepas lebih 50 tahun Merdeka, isu ini akan terus kekal bersama kita.

-Bernama

No comments:

Posting Terkini