EKONOMI Amerika Syarikat yang semakin parah menyebabkan penjualan runcit terjerumus ke dalam kelembapan yang paling lama - sekurang-kurangnya dalam tempoh 16 tahun, menurut perangkaan terbaru pemerintah negara itu.
Pembelian pengguna di negara itu berkurang bagi tiga bulan berturut-turut bulan lalu - berkurang 1.2 peratus berbanding Ogos, menurut Jabatan Perniagaan Amerika Syarikat, lapor agensi Bloomberg.
Jabatan itu menyatakan bahawa kemerosotan seperti itu tidak pernah berlaku sejak 1992.
Dalam satu lagi petanda mengenai permintaan yang semakin lemah, harga yang dibayar kepada para pengeluar Amerika jatuh bulan lalu kerana kos minyak yang lebih rendah, menurut Jabatan Buruh negara itu.
Penjualan di negara itu semakin malap ketika para peniaga bersiap sedia bagi musim jualan percutian. Selalunya dalam tempoh ini mereka berupaya meraih keuntungan lebih besar.
Presiden Lembaga Simpanan Federal San Francisco, Cik Janet Yellen, berkata Amerika mungkin telah pun berada dalam kemelesetan, dan harga saham merosot di tengah-tengah kebimbangan bahawa rancangan pemerintah menyuntik modal ke dalam bank-bank tidak dapat menghentikan kemerosotan ekonomi negara itu.
'September adalah bulan yang paling buruk dari segi keadaan keseluruhannya dalam kedua-dua penjualan dan pengeluaran dan suku keempat tahun ini akan menjadi suku yang paling buruk,' kata ketua pengamat ekonomi kewangan Global Insight Inc, Encik Brian Bethune.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment