ALOR STAR, 10 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bekata belum tiba masanya lagi bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi satu parti pelbagai kaum.
Beliau berkata, cadangan seumpama itu merupakan langkah besar dan memerlukan mandat daripada semua anggota parti komponen BN.
"Ini adalah langkah yang amat besar dan perlu dibincang dengan semua parti komponen BN dan kita belum sampai tahap untuk perbincangan", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Pemimpin Masyarakat anjuran Badan Perhubungan Umno negeri di sini hari ini.
Cadangan bagi satu parti pelbagai kaum itu dikemukakan oleh Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment