Pages

Sunday, October 12, 2008

BEKAS KETUA GAM BALIK ACEH

BANDA ACEH: Ribuan penduduk semalam membanjiri ibu kota wilayah Aceh ini bagi menyambut kepulangan bekas ketua pemberontak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) selepas 30 tahun hidup dalam buangan di Sweden.

Pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan dengan mengerah 400 pegawai polis tambahan menjelang kepulangan Encik Muhamad Hasan Di Tiro, 83 tahun, hari ini.

Trak pikap yang sarat dengan petani dan bekas gerila GAM mula membanjiri Banda Aceh. Mereka membawa bendera Parti Aceh yang mewakili GAM dan berhimpun di kampus universiti utama bandar itu.

Ini kali pertama Encik Hasan Di Tiro kembali ke Indonesia sejak 1979, apabila beliau terpaksa melarikan diri selepas mengisytiharkan kemerdekaan Aceh daripada pemerintahan Jakarta. Hampir 15,000 penduduk terkorban sebelum peperangan di Aceh ditamatkan menerusi satu perjanjian damai di Helsinki, ibu kota Finland pada 2005.

'Saya sangat gembira dengan kepulangan pemimpin kami. Saya berharap beliau akan terus berada di Aceh. Kami berharap perdamaian akan berkekalan agar kami dapat membangun semula Aceh,' kata Encik Eskandar, 35 tahun, penduduk dari daerah Bireun, utara Aceh.

Jurucakap Jawatankuasa Peralihan bekas pejuang GAM, Encik Ibrahim Syamsuddin, menafikan bahawa kepulangan Encik Hasan Di Tiro bertujuan meningkatkan sokongan penduduk terhadap Parti Aceh menjelang pilihan raya tahun depan.

Encik Hasan Di Tiro dijangka melawat kampung kelahirannya di Tiro, dalam daerah Pidie di timur Banda Aceh, semasa lawatan selama dua minggu itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini