Pages

Thursday, October 16, 2008

Bank Negara jamin sepenuhnya deposit wang tunai

KUALA LUMPUR 16 Okt. _ Semua wang tunai tempatan dan mata wang asing yang di deposit di institusi kewangan akan dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010.

Kenyataan bersama Kementerian Kewangan dan BNM hari ini berkata, jaminan serta merta itu turut diberikan kepada semua institusi perbankan domestik dan asing, syarikat insurans dan pengendali takaful yang turut di bawah kawalan bank pusat tersebut. - Utusan


No comments:

Posting Terkini