Saturday, October 18, 2008
Aishwarya Rai kena saman
Aktres Bollywood elak cukai RM700,000
MUMBAI: Aktres popular Aishwarya Rai (gambar) sememangnya diketahui antara pelakon terkaya Bollywood, tetapi beliau masih cuba mengelak membayar cukai pendapatannya hinggakan terpaksa diheret ke mahkamah untuk melangsaikan hutangnya itu.
Lebih memalukan, Aishwarya dikatakan sanggup berbohong demi memastikan dirinya tidak membayar cukai pendapatan bagi hadiah wang tunai £50,000 (RM350,000) selepas dinobatkan sebagai Miss World pada 2004.
Jumlah itu bagaimanapun melonjak kepada kira-kira £100,000 (RM700,000) berikutan kadar faedah sejak empat tahun lamanya.
Pihak berkuasa mengarahkannya membayar cukai di atas habuannya itu kerana ia menjadi wang pendapatannya.
"Aishwarya sebaliknya dilaporkan sanggup berbohong dengan mendakwa dirinya bukan penduduk tetap India bagi mengelak membayar cukai berkenaan," kata laporan berkenaan.
Aktres jelita itu mungkin menyangka dirinya terlepas selepas bertahun-tahun lamanya kes itu berlalu. Malangnya, Suruhanjaya Hasil Pendapatan sebaliknya menyelongkar kes yang belum selesai, termasuk kes membabitkan aktres popular itu.
Berikutan itu, kes berkenaan difailkan di sebuah Mahkamah Tinggi Mumbai yang dihakimi panel diketuai hakim, S Radhakrishnan.
Malangnya, sehingga laporan itu ditulis, Aishwarya tidak memberikan sebarang reaksi kepada mahkamah.
Apa yang pasti, aktres itu sukar mengelak nasib malangnya biarpun melakukan pelbagai cara termasuk kepercayaan teguhnya terhadap Feng Shui untuk membawa tuah pada kehidupan profesional dirinya dan suami, Abhishek Bachchan.
Aishwarya juga dikatakan sanggup memasukkan syiling tuah dalam poket baju suaminya bagi melindungi aktor itu dari sebarang niat jahat dan memastikan kehidupan mereka jauh dari perkara tidak baik. � Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment