Pages

Sunday, September 28, 2008

RINGKAS DUNIA

Maghribi tutup 60 sekolah Quran

RABAT (Maghribi): Pihak berkuasa Maghribi menutup sekitar 60 sekolah Al-Quran milik seorang pemimpin agama yang mendakwa gadis-gadis semuda sembilan tahun boleh dinikahkan, kata para pegawai semalam.

Pihak berkuasa juga merancang untuk menutup laman Internet, di mana Sheikh Mohamed Ben Abderrahman Al-Maghraoui mengeluarkan fatwa awal bulan ini bahawa perkahwinan gadis berusia sembilan tahun dibenarkan oleh Islam. -- AFP.

Pesawat terkena petir tukar arah

ATHENS (Greece): Sebuah pesawat dari Zurich, Switzerland, ke Thessaloniki, sebuah bandar di utara Greece, terpaksa mengalihkan penerbangan ke Athens selepas dipanah kilat dan bergantung pada kuasa satu enjinnya, kata firma penerbangan Swiss itu.

Tiada sesiapa cedera, tetapi ketua syarikat penerbangan itu di Greece, Encik Ioannis Zografakis, berkata pesawat Airbus 321 membawa 178 penumpang. -- AP.

Tahan suspek pengganas

BERLIN (Jerman): Pasukan komando polis Jerman semalam menahan dua suspek pengganas daripada sebuah pesawat yang dijadualkan ke Amsterdam, Belanda, awal semalam sebelum ia bertolak dari Cologne, kata polis.

Seorang warga Somali berusia 23 tahun dan seorang lagi bangsa Somali berusia 24 tahun, yang dilahirkan di Jerman, telah ditahan sebelum pesawat KLM berlepas dari lapangan terbang itu, kata polis wilayah Rhine-Westphalia. -- AP.

No comments:

Posting Terkini