Pages

Sunday, September 7, 2008

Retreat BN ke luar negara tidak tepat pada masa, Ahli Parlimen S’wak belum sahkan penyertaan

(Borneo Post) - Retreat anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang dijadualkan berlangsung mula 7 hingga 19 September ini di luar negara disifatkan Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Dr Tiki Lafe ‘tidak kena pada masanya’.

Beliau mengakui program itu bagus tetapi dalam keadaan kritikal pada masa sekarang adalah lebih baik Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan terhadap kawasan.

“Memandangkan sekarang adalah masa kritikal, kita perlu praktikal. Ketika pembangkang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan, ini memerlukan kita berada dalam kawasan masing-masing.

“Kita harus berada dalam kawasan setiap hari (untuk) menafikan dakwaan dilemparkan oleh pembangkang dan melindungi para penyokong BN daripada di’brainwash’,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata, beliau tidak akan menyertai program berkenaan, tetapi berada di Bau.

Akhbar The Star semalam dipetik menyatakan Ahli Parlimen BN diminta menyerahkan pasport antarabangsa mereka untuk urusan lawatan sambil belajar ke luar negara - retreat.

Ia dipercayai ada kaitan de-ngan rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan meng- ambil alih kerajaan pada 16 September ini.

Sehubungan itu, Pengerusi BNBBC Datuk Seri Tiong King Sing ketika dihubungi yang menafikan dakwaan itu berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan rancangan Anwar.

Bagaimanapun, tempat program itu diadakan masih belum ditentukan dan jumlah Ahli Parlimen yang menyertai belum diketahui.

Menurutnya, retreat merupakan program tahunan BNBBC dan ia diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam laporan akhbar itu, Tiong dipetik berkata: “Ini merupakan masa terbaik untuk ke luar negara meskipun ketika bulan puasa kerana selepas itu (bulan September) Hari Raya disusuli persidangan Parlimen”.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing pula menyatakan kemungkinan tidak akan menyertai rombongan berkenaan.

“Saya banyak komitmen di sini, tengoklah dulu,” katanya ketika dihubungi.

Sarawak mempunyai 31 Ahli Parlimen yang terdiri 30 orang daripada BN dan seorang daripada parti pembangkang.

Untuk mendapatkan pengesahan, Utusan Borneo menghubungi beberapa Ahli Parlimen BN.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai tidak pasti sama ada hendak menyertai lawatan kerana menurut beliau banyak program di kawasannya sepanjang puasa. Beliau belum menerima undangan.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau juga masih belum dapat mengesahkan sama ada hendak menyertai atau tidak.

Menurutnya, beliau belum menerima undangan dan tidak tahu terma serta syarat lawatan itu.

Bagi Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri, beliau hanya mahu pergi setelah menerima undangan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot menyatakan persetujuan untuk pergi tetapi setelah menerima undangan.

Ahli Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos, pula memberitahu tidak mengetahui mengenai lawatan itu ke-rana baru keluar selepas me-nerima rawatan di hospital.

Mereka yang sudah me- nerima undangan dan me-ngesahkan akan menyertai retreat itu ialah, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah dan Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum.

No comments:

Posting Terkini