(mSTAR)PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR), Sivarasah Rasiah berkata pemimipin tertinggi Pakatan Rakyat sedang berbincang untuk menentukan langkah selanjutnya sebelum menemui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam usha mempercepatkan proses peralihan kuasa berlaku secara aman.
Menurut beliau langkah tersebut terpaksa diambil setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak usul untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar bagi melaksanakan usul undi tidak percaya ke atasnya pada 23 September depan.
“Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sedang membincangkan langkah seterusnya sebelum menemui Agong,” katanya.
Difahamkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam perbincangan tersebut.
Ditanya bila pemimpin Pakatan Rakyat akan menemui Agong untuk menunjukkan nama ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, Sivarasah berkata:
“Maaf saya tidak boleh mengulas mengenainya. Tunggu Datuk Seri Anwar umumkannya dalam masa terdekat.”
Rabu lalu, Abdullah menolak cadanganDatuk Anwar yang mahu Perdana Menteri mengadakan satu sidang Parlimen tergempar bagfi membincangkan peralihan kuas kerajaan secara aman.
Anwar berkali-kali menegaskan beliau mempunyai jumlah ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dan beliau akan mendedahkan kepadanya jika Abdullah masih enggan mempercayainya.
Abdullah berkata, sidang tergempar Parlimen tidak perlu diadakan memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi.
Dewan Rakyat dijadual bersidang 13 Oktober ini.
Kata Abdullah, Anwar boleh membangkitkan apa jua perkara sebaik sahaja Parlimen bersidang kelak.
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment