Pages

Tuesday, September 2, 2008

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban hadapi dua tuduhan rasuah

SEREMBAN: Naib Ketua Umno Bahagian Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah.

Mohd Nor Awang, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.

Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lepas mencalonkan Mohd Nor sebagai calon Ketua Umno Bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

Mohd Nor dituduh melakukan kesalahan itu dalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada kira-kira 12.20 tengah hari 1 Ogos lepas.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah memberi suapan RM500 kepada orang yang sama (Rezwat Shahril Zainal Ariffin) untuk tujuan sama.

Kesalahan itu dilakukannya didalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Centre Point di sini pada kira-kira 4.30 petang pada 2 Ogos lepas.

Mohd Nor didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 28 dan 29 Januari 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

Mohd Nor dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd Asnawi Abu Hanipah. BERNAMA

No comments:

Posting Terkini