Pages

Saturday, September 27, 2008

KENYATAAN SAMY VELLU BERLAINAN DARI FAKTA SEBENAR

KENYATAAN AKHBAR

Merujuk kepada kenyataan yang di keluarkan oleh presiden MIC S Samy Vellu bertarikh 25 September 2008 menerusi paparan di Malaysiakini terdapat beberapa pencagahan fakta yang di keluarkan menerusi kenyataan akhbar yang beliau keluarkan dimana seolah menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor seolah tidak bertanggung Jawab dan tidak mengambil perhatian terhadap masalah Kuil yang dihadapi di Selangor khususnya.

Untuk pengetahuan, menerusi kenyataan yang beliau keluarkan isu perobohan kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Tasik, Ampang sebenarnya begitu banyak percanggahan terhadap kenyataan President tersebut mungkin kerana isu ini hanya bedasarkan laporan yang di buat Ketua Pemuda MIC M. Yogeswaran dan bukan beliau sendiri.

Isu perobohan kuil sebenarnya berlaku pada 10 September dan ianya terjadi ekoran salah faham di antara PBT Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pihak pengurusan kuil tersebut ekoran kerja pengubahsuaian bangunan dan dokumentasi serta prosedur pengurusan.

Pada 11 September Ahli Majlis MPAJ En. Soorianarayanan dan En. Supiramany tampil untuk berbincang bersama Timbalan Yang di Pertua MPAJ untuk menyelesaikan isu berkenaan malahan ianya sudah di proses dan masih menunggu laporan dari pihak Majlis Perbandaran.

Menurut Pengerusi kuil berkenaan En. Murugiah beliau memberitahu masalah kuil ini sudah berlanjutan hampir 19 tahun di dalam urusan dokumentasi dan pengurusan malahan kerajaan dulu hanya bersifat tunggu dan lihat. Beliau ketika di temui mengucapkan terima kasih keranan Kerajaan kini yang di terajui Pakatan Rakyat mengambil perhatian dan perihatin terhadap maslah berkenaan dan mengambil pendekatan untuk mengatasi maslah berkenaan tanpa mengira latar belakang kaum.

MIC cuba mengambil kesempatan terhadap isu ini, bahkan menurut pengerusi berkenaan sebelum pengambil alihan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Kuil tersebut telah dua kali di robohkan pada tahun 2002 dan 2003 namun pihak MIC tidak mengambil perhatian terhadap isu berkenaan sehinggalah pengambil alihan pemerintahan baru di Negeri Selangor.

Menurut sumber dari pihak kuil berkenaan MIC hanya hadir pada 24 September iaitu selepas 14 hari isu berkenan terjadi malahan pihak mereka juga di halau dari kuil berkenaan dan menerusi kenyataan yang di keluarkan jelas pihak MIC cuba untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan cuba mengambil peluang untuk memulihkan komponen parti berkenaan sedangkan ia sudah kami laksanakan lebih awal dari laporan yang di buat mereka untuk cuba mencuri tumpuan.

ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARIMEN AMPANG

No comments:

Posting Terkini