KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan tanggapan bahawa parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kini berpecah belah dan menuju kehancuran.
"Tidak, anda silap mentafsirkannya. Kami sesekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku (BN berpecah belah atau menuju kehancuran). Kami seperti pasukan bola. Sangat agresif tetapi kami bermain permainan yang sama.
"Kami mensasarkan kepada satu gawang gol lawan supaya kami menang," kata Abdullah, yang juga Pengerusi BN, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini, Selasa.
Menjawab soalan bahawa beliau kini hilang kawalan terhadap parti gabungan itu, beliau berkata itu bukan masalahnya kerana isu, khususnya berhubung Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail, di dalam BN akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Ha ha, ini angan-angan dan cerita gila dari orang yang sudah nak pupus. Abdullah akan pupus bersama partinya, UMNO.
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment