Thursday, September 15, 2011
Cerita Karut Setiausaha Politik Perdana Menteri
KerajaanRakyat News : Ini antara cerita karut oleh puak Umno yang dicanangkan oleh Utusan...
KOTA BAHARU 15 Sept. - Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, pada masa yang sama, ia membuktikan kegagalan nyata kerajaan PAS Kelantan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
"Ini kajian yang semestinya tepat oleh REHDA dan tidak boleh dinafikan kerajaan Kelantan dan ini sesuatu kajian yang serius.
"Ini bukti nyata bagaimana kerajaan Kelantan telah gagal untuk menyediakan rumah mampu milik dan keadaan ini sangat mendukacitakan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Malam Pra Graduan Sesi Mei-Okt 2011 Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan di sini malam tadi. - Bernama
Nota: Masalah kemiskinan tegar berlaku di semua negeri di bawah pemerintahan Umno/BN tetapi tidak dilaporkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment