Portal berita Sydney Morning Herald melaporkan, langkah diambil Dr Mahathir itu mungkin dapat merungkai kemelut semasa.
"Untuk seseorang yang diletakkan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, matlamat akhirnya adalah jelas, iaitu mendapatkan suaka politik di Australia. Untuk Malaysia dan kemelut politiknya, hampir segala-galanya mungkin," lapor portal itu.
Dalam berita bertajuk "Sirul Azhar Umar: Siapa arahkan pembunuhan kejam Atlantuyaa Shaariibuu?" wartawan Eryk Bagshaw mempersoalkan motif kematian wanita Mongolia itu melalui laporan panjang serta diiringi klip video lebih dua minit.
"Cerita bermula pada jam 4 petang pada 19 Oktober 2006 apabila Sirul bertemu rakan setugasnya Azilah Hadri di tengah Kuala Lumpur. Di kawasan pasar yang basah, Azilah memberitahu mereka diarahkan menghapuskan seorang penterjemah Mongolia glamor yang dekat dengan elit politik Malaysia," lapor media berkenaan.
No comments:
Post a Comment