Pages

Saturday, December 20, 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad: 'Parti Melayu mengemis pada orang Cina'


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti seperi Umno, PKR dan PAS terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

“Sepatutnya, memandangkan orang Melayu membentuk 60 peratus daripada jumlah penduduk, kita sepatutnya memenangi pilihan raya.

“Namun disebabkan kita terpisah kepada tiga kumpulan, kita terpaksa menjadi pengemis, meminta pertolongan daripada kaum lain – terutama golongan Cina – untuk mendapatkan sokongan mereka

“Sama ada Umno, PKR, PAS... mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam satu seminar di Akademi Kenegaraan hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Mahathir hampa tidak ada Mei 13 untuk mengangkat nya dalam politik setakat ini. Hanya beberapa ekor anjing je yang menyahut Madey untuk membuat provokasi cam Perkasa.

Posting Terkini