Pages

Friday, March 29, 2013

Telefon bimbit rakan baik penduduk AS


telefon pintar
SAN FRANCISCO - Para pemilik telefon pintar Amerika Syarikat (AS) cenderung untuk menggunakannya selepas mereka bangun pagi sehingga waktu tidur, menurut satu laporan yang ditaja Facebook.
“Telefon pintar yang mengandungi banyak aplikasi dan perkhidmatan data telah menyebabkan kita berhubung dengan keluarga, rakan dan komuniti selepas kita bangun sehingga waktu tidur,” kata para penyelidik IDC dalam satu laporan yang disediakan pada minggu ini.
Kira-kira separuh daripada penduduk AS menggunakan telefon pintar.
Menurut IDC, bilangan pengguna telefon itu akan mencecah 181.4 juta orang pada tahun ini.
Kajian tersebut mendapati, bilangan pengguna telefon tersebut bakal bertambah kepada 222.4 juta dalam tempoh empat tahun lagi.

Lebih 7,000 orang yang berumur antara 18 hingga 44 tahun terlibat dalam kajian itu selama seminggu.
Kajian itu mendapati empat bagi setiap lima pengguna memeriksa telefon mereka selang 15 minit.
Tiga aplikasi telefon yang paling banyak digunakan itu ialah penghantaran mesej, melayari laman web dan Facebook. – AFP

No comments:

Posting Terkini