WASHINGTON: Bekas ahli Kongres Amerika Syarikat, Jesse Jackson Jr, kelmarin mengaku salah mencuri derma kempen pilihan raya bernilai AS$750,000 ($929,814) bagi menampung gaya hidup mewahnya.
Jackson telah meletak jawatan pada November lalu selepas 17 tahun menjadi anggota dalam Dewan Perwakilan.
Dia dikatakan telah menggunakan derma itu antara lain untuk pergi melancong bersama keluarga, mengubah elok rumah dan membeli jam Rolex bernilai AS$43,350. - AFP.
No comments:
Post a Comment