Pages

Friday, February 22, 2013

Kanak-kanak dibunuh, disimen jadi patung


JAKARTA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun dilaporkan dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.
Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari Selasa lalu apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.
Suspek, yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan tidak lama selepas penemuan jasad Fahri. - Agensi.

No comments:

Posting Terkini