Pages

Thursday, December 20, 2012

Obama sokong usaha baru hidupkan larangan ke atas senjata api


 larangan ke atas senjata api
WASHINGTON: Presiden Barack Obama menyokong semalam satu usaha baru menghidupkan semula larangan ke atas senjata serangan dan undang-undang baru lain berkaitan senjata api, menyusuli pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak sebuah sekolah di Connecticut Jumaat lalu.
Beliau telah juga menghubungi seorang senator Virginia Barat, Encik Joe Manchin, yang pernah menentang usaha mengawal senjata api tetapi kini mengubah pendiriannya ekoran pembunuhan di Connecticut itu, serta mula menemui pegawai kabinet tertingginya bagi menimbangkan pilihannya, kata jurucakap presiden, Encik Jay Carney.
Pembunuhan 26 orang, termasuk 20 kanak-kanak, di sebuah sekolah rendah Newtown amat mengejutkan negara itu, dan mungkin mengubah perdebatan politik mengenai senjata api.

Encik Carney berkata Encik Obama "amat menyokong" usaha Senator Dianne Feinstein hendak melakar awal tahun depan rang undang-undang bagi menghidupkan semula larangan ke atas senjata serangan yang boleh membawa maut, yang berakhir pada 2004.
Para pembantu Encik Obama berkata selepas beberapa kes pembunuhan beramai-ramai sebelum ini, beliau menyokong pengenalan semula larangan senjata api tetapi tidak pernah menggunakan kuasa politiknya bagi mendesak pelaksanaan larangan itu.
Encik Carney berkata Encik Obama juga berminat pada langkah melarang klip peluru berkeupayaan tinggi - magazin yang boleh menyimpan puluhan peluru - dan menutup 'pameran senjata' yang membolehkan individu tanpa lesen menjual senjata api secara sulit.
Cik Feinstein berkata rangnya akan melarang sekurang-kurangnya 100 senjata api separuh automatik ala tentera, dan menyekat pemindahan, import dan pemilikan senjata api seperti itu.
Namun, apabila perasaan marah akibat kejadian di Newtown hilang, peluang bagi rang Cik Feinstein menjadi tidak menentu dan setiap rang tertakluk pada pindaan dan tekanan hebat daripada pelbagai kumpulan lobi. - AFP.

No comments:

Posting Terkini