Pages

Sunday, November 25, 2012

Dr M: Hadi Awang lebih layak jadi PM daripada Anwar


Hadi Awang lebih layak jadi PM daripada Anwar
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih layak daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia jika pembangkang memenangi pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13), ujar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ini kerana Datuk Seri Abdul Hadi, tidak seperti Datuk Seri Anwar, tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kes pada masa lalu.
"Jika mereka (pakatan pembangkang) menang sudah tentu beliau (Datuk Seri Abdul Hadi) boleh jadi perdana menteri. Dia (Datuk Seri Abdul Hadi) lebih layak daripada Anwar. Dia sepatutnya (menjadi perdana menteri) jika mereka menang," kata Dr Mahathir.
Ditanya apakah keputusan melantik Datuk Seri Abdul Hadi sebagai perdana menteri akan membolehkan PAS meraih lebih banyak undi daripada masyarakat Melayu, Dr Mahathir dengan nada berseloroh berkata: "Karpal Singh juga layak... jika beliau memakai turban (serban), beliau pun layak seperti Nik Aziz."

Encik Karpal Singh pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sementara Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah Menteri Besar Kelantan yang juga mursyidul PAS.
DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi anggota pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).
Dr Mahathir memberi komen beliau dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kanak-Kanak Terjejas oleh Perang anjuran Yayasan Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini kelmarin.
Pada Muktamar PAS ke-58 yang berakhir Ahad lalu, wakil Dewan Ulama parti itu mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi dipilih menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang PRU-13.
Dr Mahathir turut diminta mengulas mengenai ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkan Datuk Seri Abdul Hadi tanpa menamakan mana-mana parti dalam ucapan dasarnya pada muktamar PAS.
"Mana dia tahu (parti itu) bekerjasama dengan syaitan? Mungkin mereka yang bekerjasama dengan syaitan. Dia sendiri yang bekerjasama dengan syaitan, itu yang saya tahu," kata beliau.
Dr Mahathir berkata ungkapan itu mungkin timbul berikutan kenyataan dalam bahasas beliau sebelum itu - I prefer to work with the devil I know than the angel I dont know.
"Ia adalah pepatah Inggeris yang kurang difahami orang PAS yang bermaksud lebih baik kami bekerjasama dengan orang yang kita kenal daripada orang yang tidak dikenali walaupun mereka dikatakan baik.
"Itu saja. Ia bukan bermakna saya bekerjasama dengan devil (syaitan) atau mereka itu angel (malaikat). Jauh sekali. Itu dia tak faham," kata Dr Mahathir. - BHM.

2 comments:

Anonymous said...

Apa pasai che Det takut sangat bila sebut nama Anuar nak jadi PM nie, kalau sapa pun naik jadi PM bila habeh PR13 nanti tang mana salah dia, cubalah dok diam dan tutup mulut sat sya nie kesian kat che Det hari-hari dok kena kutok oleh rakyat yang marah kat che Det, kalau BN menang pun macam tu lah jugak PM tetap dilantik tak kera sapa asaikan dia boleh buat kereja tok sah kera lah dia tu penyagak ka penyamun ka dia tetap PM dan dia pi kesana kemari tetap orang sambut dengan karpet merah ka hijau ka tok sah kera, jida biaq pi kat depa kita dah tua nie ingat nak mati sudah la , rumah kata pi kuboq dok kata mai, cacin dah dok kiliaq lidah dah . dok diam biaq pi kat depa nak jadi macam mana pun zaman kita dah lepaih. La nie pakai kepiah puteh pi dok dimasjid semua orang berasa sayang kat che Det.

Anonymous said...

Bro,

Mula2 dia kata Karpal. Kendian dia kata TGHA

Sebetulnya nama DSAI ni akan menghantui orang tua ni sampai ke liang lahad!

Kawan tengok jalan terakhir pasti dia turuti utk senyapkan DSAI.

Terpaksa dan terdesak!

gheng lama

Posting Terkini