Pages

Friday, October 5, 2012

Rasuah Mohd Ali Rustam: SPRM ambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)

Rasuah Mohd Ali Rustam: SPRM ambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pembiayaan kenduri kahwin anak lelaki ketua menteri Melaka.

"Saya ada berjumpa SPRM pagi tadi," katanya sewaktu dihubungiMalaysiakini petang ini.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam membuat laporan kepada SPRM Melaka dengan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis dengan kos setinggi RM600,000.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam Parlimen juga mendakwa terdapat penglibatan PKNM dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

Beliau mendakwa, Yusof terlibat mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.
 

Yusof bagaimana pun keberatan untuk mengulas dakwaan Mahfuz kerana kes itu menurutnya dalam siasatan SPRM dan beliau berpendirian Mohd Ali sumber terbaik untuk sebarang ulasan.

"Saya bukan orang politik, biar ketua menteri saya jelaskanlah," katanya ringkas.

Malaysiakini difahamkan Yusof telah bertemu Ali pada hari ini. Bagaimanapun tidak jelas tujuan pertemuan berikut.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali mencuri perhatian ramai apabila dicatatkan dalam Malaysian Book of Records apabila dihadiri 130,000 tetamu dan menelan belanja RM600,000.

1 comment:

Unknown said...

mesti tak sangkut punya, sebab:- pertama: kepada umno/bn rasuah ada macam-macam tafsir .... yang melibatkan pegawai-pegawai kecil dikira rasuah tapi kalau melibatkan orang besar umno dan pegawai-pegawai tinggi pembodek umno dikira bukan rasuah; kedua: rasuah tak dikira haram, dikira halal oleh umno/bn punya agama; ketiga: kalau ali rustam sangkut, najib pun sangkut juga masa dia buat kenduri pertunangan anaknya tempoh hari. Keempat: orang-besar umno yang lain tu semua bercita-cita nak buat lebih besar lagi dari apa yang ali rustam buat. Kalau ali kantoi, mereka pun ikut kantoi juga nanti .....

Posting Terkini