Pages

Saturday, October 6, 2012

50,000 kanak-kanak India hilang setiap tahun


kerajaan rakyat
NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Shivam Singh, telah berjanji kepada ibunya bahawa dia akan pulang untuk melakukan kerja sekolah selepas pergi mendapatkan manisan.
Bagaimanapun, dia tidak pulang dan menjadi salah seorang daripada 50,000 kanak-kanak yang hilang setiap tahun di India.
"Anak lelaki saya meninggalkan buku-bukunya terbuka, memakai sandal, menyikat rambut dan berlari keluar," kata Cik Pinky, sambil menitis air mata apabila mengingatkan peristiwa pada satu petang Julai lalu.
"Ia merupakan kali terakhir saya melihatnya," tambah beliau.
Kini, tiga bulan sudah berlalu.
"Saya hanya berdoa agar dia tidak terlibat dalam kegiatan dadah atau mengemis. Dia seorang budak baik dan rajin," kata Cik Pinky.

Menurut data jenayah baru-baru ini, 14 kanak-kanak hilang di New Delhi setiap hari, sekurang-kurangnya enam daripada mereka adalah mangsa perdagangan kanak-kanak.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata kira-kira 1.2 juta kanak-kanak merupakan mangsa perdagangan kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun.
Bandar-bandar besar di India seperti New Delhi dan Mumbai merupakan antara sasaran utama bagi kumpulan penjenayah.
Menurut polis, mereka mendagangkan kanak- kanak sama seperti mereka menjual dadah.
Polis berkata mereka telah menyelamatkan beratus-ratus kanak-kanak dari kilang dan sindiket pelacuran tetapi akur tidak mampu menangani masalah itu.
Ini kerana terdapat 815 sindiket dengan 5,000 anggota yang terlibat dalam penculikan kanak-kanak di serata negara.
"Biasanya, kami mendapati kanak-kanak yang diculik ini dipaksa bekerja sebagai buruh murah di kilang, kedai dan rumah.
"Mereka juga dieksploitasi sebagai hamba seks atau dipaksa terlibat dalam industri pornografi kanak-kanak," kata jurucakap polis Delhi, Encik Rajan Bhagat. - AFP.

No comments:

Posting Terkini