Pages

Thursday, September 20, 2012

Karikatur Nabi dalam majalah Perancis dijangka tambah kemarahan


we love islam
PARIS: Sebuah majalah Perancis dijangka menambahkan kemarahan masyarakat Islam dengan menerbitkan karikatur Nabi Muhammad saw, semalam.
Karikatur itu diterbitkan sehari setelah pengebom nekad wanita membunuh 12 orang di Afghanistan - serangan paling teruk berkaitan treler filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Kematian di Afghanistan itu meningkatkan jumlah korban kepada 30 orang akibat daripada insiden-insiden yang dikaitkan dengan filem yang diterbitkan golongan pelampau Kristian di Amerika Syarikat dan mempersendakan Nabi Muhammad.
Setelah seminggu bantahan diadakan di sekurang-kurangnya 20 negara, terdapat kebimbangan gelombang kemarahan di Dunia Islam akan memuncak dengan penerbitan karikatur Nabi Muhammad dalam majalah satira mingguan, Charlie Hebdo.

Kulit majalah itu menunjukkan seorang lelaki Muslim duduk di kerusi roda yang ditolak seorang lelaki Yahudi Ortodoks dengan tajuk Intouchables 2 - merujuk kepada filem Perancis tentang seorang lelaki kulit hitam yang miskin yang membantu seorang bangsawan lumpuh kedua-dua kaki dan tangannya.
Editor majalah itu, asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, berkata imej-imej yang diterbitkan akan "memeranjatkan sesiapa yang ingin terperanjat".
Majalah Charlie Hebdo tidak asing kepada kontroversi berhubung cara ia menangani isu-isu berkaitan Islam.
Tahun lalu ia menerbitkan edisi yang kononnya disunting Nabi Muhammad sebagai penyunting undangan. Akibatnya, pejabatnya di Paris diserang dengan bom api.
Langkah terbaru majalah itu disambut gesaan daripada pemimpin politik dan agama supaya ia mengelakkan memburukkan keadaan.
Perdana Menteri Perancis, Encik Jean-Marc Ayrault, mengeluarkan kenyataan melahirkan rasa tidak senangnya terhadap semua tindakan berlebihan.
Dalam wawancara di radio RTL pula, beliau berkata sesiapa yang tersinggung dengan karikatur Nabi Muhammad yang diterbitkan dalam majalah Charlie Hebdo itu boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Namun, Encik Ayrault menekankan akan tradisi Perancis berhubung kebebasan bersuara.
"Kami berada di negara dengan kebebasan bersuara dijamin, termasuk kebebasan melukis karikatur," katanya.
Encik Dalil Boubakeur, pendakwah kanan di masjid terbesar Paris, merayu kepada masyarakat Islam Perancis supaya bertenang. - AFP.

Popular Posts

No comments:

Posting Terkini