Pages

Thursday, September 27, 2012

Berkhatan: Jerman usul aturan baru


 Berkhatan: Jerman usul aturan baru
BERLIN: Kementerian Keadilan Jerman mengusulkan undang-undang baru bagi amalan berkhatan di kalangan bayi lelaki dalam usahanya memastikan mereka yang menjalankan prosedur itu tidak didakwa.
Sebuah mahkamah daerah pada Jun lalu mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat Islam dan Yahudi di negara itu dengan menetapkan keputusan bahawa berkhatan sama seperti mencederakan tubuh, tetapi kementerian keadilan Jerman semalam berkata undang-undang yang sedang dilakarnya itu bertujuan "menghapuskan ketidaktentuan" disebabkan oleh keputusan tersebut. - AP.


No comments:

Posting Terkini